Followers

Tuesday 9 July 2013

Ramadhan Ya Ramadhan. 9713 =)

Assalamualaikum. Lama x update. Dah berhabuk bersawang dah blog ni. Huhu.

Sempena ramadhan yg bakal tiba esok, shahir nak mintak maaf kepada sesiapa yg shahir ada buat salah samada dalam sedar atau tak. Mungkin tu khilaf saya dan saya pinta kemaafan sedalam-dalamnya. Semoga ramadhan kali ni lebih bermakna buat kita semua. InsyaAllah =)

Sempena ramadhan ni diharapkan kita dapat memperbanyakkan amal ibadah kpdNya. Jaga mata, jaga mulut, jaga telinga, jaga hati. Sebab time ramadhan Syaitan dah takde, semua dah kena ikat. Kalau masih melakukan yg tak baik, dah takde alasan nak salahkan syaitan lagi kan? Haaaaa.

Sempena ramadhan ni juga, diharapkan dapat la melatih diri dari melakukan kemaksiatan. Hari2 dapat datang terawih dah cun dah tu. Hehe. Tak dapat full, 8 pun okay what. Better than nothing =)

Semoga kita semua dapat memanfaatkan ramadhan kali ni sehabis baik. Kalau pegi bazar, jangan beli banyak2 takot tak habis. Mostly student la tak habis, sampai terbawa-bawa ke sahur makanannya. tak basi okay la. Kalau basi dah membazir. Ish3.

Buat mereka2 yg berpuasa di kejauhan, bawa bersabar dan chill je okay. Dah besar2 ni rasanya okay je kan tak buka puasa kat rumah, bukannya budak2 lagi. Hehehe.

Okaylaa, tu je utk setakat ni. Sekali lagi nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak, Selamat berpuasa dan selamat berterawih. Malam ni dah start yow. Niat puasa jgn lupa, kalau nk senang ingat, nyanyi lagu niat puasa tu. Hek3. Assalamualaikum =)